Friday, January 2, 2009

PANDANGLAH DENGAN PENUH HIKMAH.....

Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menjadikan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Dan yang menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan DIA sengaja mentakdirkan segalanya
Untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan DIA tidak tahu
Deritanya hidupmu
Retaknya hatimu
Tapi mungkin itulah yang DIA mahu
Kerana hati yang sebeginilah yang selalunya
Lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat dengannya……………

No comments:

Post a Comment