ni ada benda nak gtaw...
MERENUNGLAH DAN BERSYUKURLAH
Setiap manusia seharusnya mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Tanpa kita sedari, nikmat yang Allah berikan meliputi hujung rambut sehingga kedua tapak kaki, kesihatan, keamanan Negara, hutan belantara, udara dan air serta banyak lagi nikmat yang diberikan kepada kita.
……sekiranya kalian menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akn dapat menghitungnya……(Ibrahim:34)
Demikian besar nikmat Allah tapi selalunya kita tidak menyedari apa yang telah dikurniakan kepada kita…
………..Dia telah memberikan nikmatNya secara secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin…..( Luqman:20)
Kita telah dikurniakan sepasang mata, satu lidah,dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Adakah kita mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Adakah kita mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang biasa,padahal ramai lagi manusia lain yang kehilangan dua betisnya? Adakah kita merasai nikmatnya tidur denagn memejamkan kedua mata, sedangkan masih banyak manusia lain tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah kita merasa nista ketika menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum disebabkan penyakit yang mereka deritai?
Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik dan terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhidar dari penyakit gila.
Kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tidak terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya kita jarang menyedarinya.
Kita juga sering memikirkn sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Adakalanya kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan , memiliki setumpum kebaikan, kenikmatan dan masih banyak yang lainnya. Oleh itu, bersyukurlah!
Monday, January 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment