Tuesday, January 27, 2009

ni citer lawak giler...

Assalamualaikum semua…hihi..aku ada skit citer bes ntuk dikongsi….saja r nak share ….n harap terhibur la…

3 SAHABAT MALANG
Ada 3 orang sahabat bernama Ali, Ah Meng dan Raju. Mereka tinggal di sebuah flat setinggi 60 tingkat. Pada suatu hari, lif di flat mereka rosak dan mereka terpaksa menggunakan tangga untuk ke rumah mereka yg terletak di tingkat 60.
Ali mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yg seduh sepanjang mendaki anak tangga utk menghilangkan rasa penat. Ali memulakannya dahulu. Katanya, “ketika aku masih dalam kandungan lagi,bapaku telah pergi meninggalkanku selama-lamanya.”
Sedar-sedar mereka sudah berada di tingkat 30.
Ah Meng pula menyambung. Ceritanya “mak aku meninggal dunia ketika melahirkan aku dan aku rasa sangat bersalah hingga sekarang.”
Mereka sekarang berada di tingkat 50.
Raju pula meneruskan ceritanya. “tu tak berapa sedih. Yang paling sedih cerita aku ni…sebenarnya….kunci rumah….aku tertinggal kat dalam kereta….”
Ketika itu mereka sudah berada di tingkat 60.
Tanpa berfikir panjang, Ali dan Ah Meng pun mencampak Raju ke luar flat!

SUAMIKU COMPUTER PROGRAMMER
Ini adalah contoh perbualan seorang isteri dgn suaminya yg merupakan seorg computer programmer….
Suami : (setelah pulang lewat dari pejabat). Slmt malam sayang, sekarang saya logged in…
Isteri : abang ada beli tak brg yg saya pesan td?
Suami : bad command or filename.
Isteri :tapi kan saya dah telefon suruh abg beli tadi!
Suami : errorneous syntax. Abort?
Isteri :ish, abang ni.. takkan tu pun tak ingat…emm tadi dlm telefon cakap nak belikan sy baju..mana?
Suami ; variable not found…..
Isteri :abang ni memang tak boleh haraplah. Bg saya kad kredit abg, biar sy yg pergi beli sendiri…
Suami :sharing violation.access denied…
Isteri : abang ni tak syg saya ke? Abg lebih saying computer abg tu drpd saya. Saya tak tahanlah lalau mcm ni selalu….
Suami : too many parameters…..
Isteri : saya menyesal pilih abg sebagai suami sy. Harapkan muka saja handsome….
Suami : data type mismatch……
Isteri : abang ni betul2 tak bergunalah !
Suami : it’s by default.
Isteri : macam mana dgn gaji abg?
Suami : file in use. Try later.
Isteri : kalau begitu, apa peranan sy di sisi abg sbg seorang isteri?
Suami : unknown virus..

GABUNG AYAT
Pada suatu hari, Ali disuruh oleh cikgunya untuk membuat ayat majmuk. Ikuti perbualan mereka.
Cikgu : Ali, sila buat ayat majmuk dgn menggunakan ayat ini: Ahmad pergi kesekolah. Ahmad melihat mayat.
Ali : Ahmad ternampak mayat pergi ke sekolah.
Cikgu : Errkkk(menelan air liur)

WAJAHMU DI MANA2
Isteri : bangganya Mimah. Dah 8 tahun kita kahwin, abg masih simpan gambar mimah dalam wallet abg..
Suami : setiap kali abg ada masalah, abg akan buka wallet dan tgk gambar Mimah dan automatic masalah tu akn hilang mcm tu saja..
Isteri : wah…jadi abg dah nampakkan betapa hebat dan dominannya Mimah dalam hidup abg?
Suami : ya, betul.setiap kali ada masalah, dan lepas tgk gambar Mimah, abg akan ckp dalam hati, mana ada masalah lain yg lebih dahsyat berbanding masalah yg satu ini !

MALAYSIA KALAHKAN BRAZIL
Wartawan : apa khabar coach?
Jurulatih ; oh, baik2 saja………..
Wartawan : benarkah pasukan bola sepak Malaysia berjaya mengalahkan Brazil? Biar betul citer ni…
Jurulatih : apa pulak tak betul nya? Benar! Malah kita kalahkan Brazil dgn teruk sekali…
Wartawan : wowww!!!! Berapa jaringan gol?
Jurulatih ; ohh… tidak ada jaringan gol kerana kita menang tanpa bertanding..
Wartawan : macam mana tu coach ?
Jurulatih : mereka tak dtg walaupu kita tunggu di stadium selama satu jam…
Wartawan : knp mereka tak dtg? Adakah krn factor keselamatan? atau mereka takut dgn kita ?
Jurulatih : oh tidak…………bukan kerana itu..
Wartawan ; habis tu knp coach?
Jurulatih : kerana kami tak jemput mereka datang!!
Wartawan : adus…hampeh punya coach..haha

zup...zup...

SETIAP APA YG TERJADI ADA HIKMAH, CUMA KDG2 KITA YG X NAMPAK

Seorang ahli otobiografi menyebutkan bhw pernah ada seorang lelaki menderita lumpuh sehingga membuat dirinya terkurung dlm rumah.sakit itu sudah lama menyerangnya, sehingga membuatnya putus asa. Para doctor sudah menyatakan bhw mereka tidak mampu lg utk mengubatinya.

Pada suatu hari, ada seekor kala jengking jatuh dari atap rumahnya tepat di atas tubuhnya, dan dia tidak mampu menghalau kala jengking itu kerana kelumpuhan yg menyebabkan dia memang tidak boleh bergerak dari tpt duduknya. Kala jengking itu hinggap di atas kepalanya dan menyengatnya beberapa kali. Setelah itu, secara mengejutkan badannya dapat digerakkan mulai dari telapak kaki hingga kepala. Darah mulai mengalir ke semua organ tubuhnya dan kesembuhan menjalar ke seluruh jasad. Orang itu pulih dan sihat kembali. Dia berdiri di atas kedua belah kakinya, berjalan2 dlm bilik tidurnya, membuka pintu, menghampiri keluarga dan anak2nya. Pada saat dia berdiri, mereka tidak percaya apa yg tekah terjadi. Mereka terkejut bukan kepalang dan dia menceritakan apa yg telah terjadi.

Maha Suci Allah yg telah memberi kesembuhan kpd lelaki itu.

Hal ini sampai ke pengetahuan seorang doctor, maka dia mempercayai berita tersebut dan menyebutkan bhw kala jengking memang memiliki serum antibiotic yg mengandungi racun. Jika toksidnya dikeluarkan secara kimia, maka serum itu boleh menjadi ubat kpd mereka yg menderita lumpuh.

Maha Mulia Dzat yg Maha Baik itu, Dia tidak akan menurunkan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya……………….

ini citer hot...

INI ADA SATU BENDA NAK BGTAW……..

HARI AL QUDS SEDUNIA

21 Ogos setiap tahun merupakan Hari Al- Quds sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedy , Masjid Al-aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Micheal Rohan yg kononnya dikatakan gila. Tragedy tersebut merupakan catatan sejarah yg paling menyedihkan dlm sejarah umat Islam terhadap Masjid Al-Aqsa yg disucikan.

Begitulah nasib tanah suci umat islam yg ketiga setelah dihuni oleh Israel sang perampas.
Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘ akidah yg selayaknya dipertanggungjawabkan bg sekalian umat Islamkerana kedudukan Masjid Al-aqsa sebagai tanah Suci ketiga dlm Islam, kiblat pertama umat Islam, tanah anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yg dirakamkan dlm hadis Rasulullah…

Hari ini Palestin berada dlm tgn musuh Islam. Zionis Israel yg telah merampasnya dari tgn umat Islam. Akhirnya umat Palestin yg dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambing hitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yg melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka hari memperingati al-Quds atau Remambrance of Al-quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yg akan menjadi symbol solidarity umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.(huhu…bombastiknyer ayat aku..)

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menguar-uarkan tntang isu Palestin dan kedudukan Palestin dlm hati umat Islam. Kita berharap segala prog yg dijalankan dpt menggerakkan masyarakat yg sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri dgn segala pertahanan dan kecemerlangan sbg umat yg terbaik. Semoga Allah memberi kekuatan kpd mereka yg berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam , tanah airnya, kesucian dan maruah umat. Amin.

ADA APA DGN 21 OGOS? MENGAPA HARI ITU DIINGATI?

Macam ni….citernya….

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Micheal telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yg besar (mimbar Solahuddin). Api marak dgn dahsyat sekali seolah-olah Masjidil Aqsa akan musnah ktika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjidik Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dpt dipadamkan…..

Perbuatan si pengganas ini sebenarnya mendapat dorongan dan sokongan drpd kump Zionis dan kebenaran dari pihak berkuasa penjajah Israel. Sehari suntuk umat Islam di Palestin berusaha menghalang kemusnahan masjid ketiga terpenting dlm islam itu. Mereka berjaya, tetapi ia tetap menyebabkan kemusnahan dan kehilangan pelbagai artifak dan bahan sejarah islam. Antanya mimbar Salahuddin yg dibina pd zmn Nuruddin Zanki dan juga tpt solat Zakaria…selain itu, 3 koridor yg menghala ke masjidil aqsa dari selatan ke utara, dinding selatan , karpet dan 48 tingkap masjid turut sama musnah dalam kebakaran tersebut.

Dennis Micheal kemudiannya ‘ditahan’ sebagai satu daripada babak lakonan tajaan Israel demi menunjukkan kononny Israel mementingkan keadilan. Ketika dlm tahanan, dennis mengaku apa yg dilakukannya adalah demi memenuhi kewajipan agamanya. Penjenyah ini merujuk kpd Zakariya’s Book (buku Zakaria) untuk mengukuhkan dakwaannya. Malah, si kuffar ini juga mengaku bhw dia telah dineri tanggungjawab utk menjadi pesuruh Tuhan. Wah! Hebat juga dia ini…

Mengejutkan, walaupun Dennis mengakui kesalahannya, dia akhirnya dibebaskan atas alas an mengalami ‘gangguan jiwa’. Situasi ini amat mengejutkan. Mana mungkin seorang doctor perubatan yg taat kpd perintah agamanya merupakan seorang yg gila? Atau mungkin agama yg dianutinya itu yg membuatkan dia menjadi benar-benar gila tanpa perlu berpura- pura?

Entahlahhh…

Negeri2 muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tpt suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap al aqsa. Maka sejak itu 21 ogos setiap tahun menjadi hari Al Quds sedunia….

Episode duka Palestine ini, ditambah pula dengan penindasan n kezaliman yg tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita. Malah, setiap 21 Ogos hadir stiap tahun mengingatkan kita bhw sekiranya kita tak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa , kelak, kita bukan sahaja tak dpt mempertahankannya drpd sekadar trbakar malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.

Justeru, bersempena dgn sambutan memperingati Hari Al-Quds ini, adalah wajar bg kita utk sama2 mengajak masyarakat sekeliling mengingatinya apalgi merancang rencana yg strategic, efektif dan praktikal yg boleh dilakukan utk mengoptimakan kemahira n sumber yg ada demi menyumbang kea rah pembebasan palestin. Semoga usaha kerdil kita dpt mewujudkan keadilan n keamanan di bumi Palestin…… :)

ntah r...

JANGAN BERSEDIH, DI SINI ADA BEBERAPA KAEDAH MENUJU BAHAGIA

1. ketahuilah bahawa jika kita tidak hidup dalm kesusahan pada hari ini, tentu fikiran kita akan melayang ke mana2..seterusnya, semua urusan menjadi kacau bilau serta kedukaan akan menjadi lebih banyak pd ms akn dtg..inilah makna sabda Rasulullah..

Bila engkau berada pd pg hari, jgnlah menunggu dtgnya ptg hari
Bila engkau berada pd ptg hari, jgnlah menunggu dtgnya pg hari
2. lupakan masa lalu dan semua yg buruk yg pernah terjadi. Tumpukan diri anda tntg masa kini karan bimbang ms depan mungkin mnjadi lebih teruk dari ms lampau..
3. jgn mudah tergocang pendirian oleh sebab kritikan. Teguhkan pendirian dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akn mengangkat harga diri kita setara dengan kritikan tersebut.
4. Beriman kpd Allh, beramal soleh adalh kehidupan yg baik dan bahagia.
5. Bykkan nerzikir kpd Allah.
6. Selalu mempersiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan yg pelbagai.
7. Berfikir dan merenung segala nikmat yg pernah diterima dan bersyukur.
8. Percaya apa yg anda miliki adalah jauh lbey banyak drpd org lain.
9. Dari masa ke semasa msti akan selalu ada jln keluar.
10. Harus sedar dgn adanya musibah, hati kita akn menjdadi lebih lembut untuk slalu berdoa.
11. Musibah dpt menajamkan nurani dan menguatkan hati.
12. Sesungguhnya dalam setiap kesulitan ada kemudahan. Every cloud has silver lining.
13. Jgn terlalu cepat percaya kpd khabar angin.
14. Setiap musibah itu adalah penghapus dosa2……

jangan sedih2..

AMBILLAH HIKMAH DARI SETIAP KEJADIAN….

Orang cerdik akn berusaha merubah kerugian kepada keuntungan sedangkan orang bodoh akan membuat sesuatu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat kali ganda.

Ketika Rasulullah s.a.w diusir dari Mekah, Baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunkannya menjadi sebuah Negara yang sanagt terkenal di mata dan telinga sejarah…

Ahmad bin hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi kerana itu pula dia menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Tamiyah pernah di penjara tetapi justeru di situlah dia banyak menghasilkan karya. As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun tapi di tempat itulah dia berhasil menghasilakn buku sebanyak 20 jilid. Ketika Ibnul-Atsir dipecat dari jawatannya, dia berhasil menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami’ul Ushul dan An-nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam hadith. Demikian halnya dengan ibnul jauzi, dia pernah diasingkan dari Baghdad dan kerana itu dia menguasai Qiraah Sab’ah. Malik bin ar-Raib adalah penderitakan satu penyakit yang boleh membawa kematian, namun dia mampu menghasilkan syair2 yg sgt indah….

Huhu….macam tu lah kita pun… termasuk aku sendiri yg sedang menulis nihh..hehe

Ketika tertimpa sesuatu musibah, kita harus melihat dari sudut yang paling terang darinya…contohnya ketika seseorang memberi anda minum air limau yg sgt masam,anda perlu menambah sedikit gula ke dlmnya….dan jika mendapat hadiah ular dari seseorang yg dengki kpd kita, ambillah kulitnya yg mahal itu…..dan jika disengat kala jengking, ketahuilqh bahawa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pada tubuh anda dari bisa ular….

So…..alwiz think positive…believe in urself….. huhu~

Monday, January 26, 2009

merenunglah..

ni ada benda nak gtaw...

MERENUNGLAH DAN BERSYUKURLAH

Setiap manusia seharusnya mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Tanpa kita sedari, nikmat yang Allah berikan meliputi hujung rambut sehingga kedua tapak kaki, kesihatan, keamanan Negara, hutan belantara, udara dan air serta banyak lagi nikmat yang diberikan kepada kita.

……sekiranya kalian menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akn dapat menghitungnya……(Ibrahim:34)

Demikian besar nikmat Allah tapi selalunya kita tidak menyedari apa yang telah dikurniakan kepada kita…

………..Dia telah memberikan nikmatNya secara secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin…..( Luqman:20)

Kita telah dikurniakan sepasang mata, satu lidah,dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Adakah kita mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Adakah kita mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang biasa,padahal ramai lagi manusia lain yang kehilangan dua betisnya? Adakah kita merasai nikmatnya tidur denagn memejamkan kedua mata, sedangkan masih banyak manusia lain tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah kita merasa nista ketika menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum disebabkan penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik dan terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhidar dari penyakit gila.

Kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tidak terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya kita jarang menyedarinya.
Kita juga sering memikirkn sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Adakalanya kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan , memiliki setumpum kebaikan, kenikmatan dan masih banyak yang lainnya. Oleh itu, bersyukurlah!

Tuesday, January 13, 2009

haha...pe citer?

Assalamualaikum kawan2ku..

ni stat sem baru atau sem 2 r ntuk budak2 kmb, n yang paling penting sekali ialah ktrang baru dapat result...overall performance ntk batch ktrg teruk r...sedih gak..tambah2 bila aku tgk kwn2 aku yg kuat study...

memang r..sume orang akan cakap takpe2, usaha lagi....haha..ayat tu dam selalu dengar sampai kadang2 naek muak. but we must think positive

haha....kita ni bukan gagal sebenarnya, cuma belum berjaya lagi...
takpela, aku nak siap2 n solat b4 pegi JPA3...
(benda paling aku malas dalam dunia).huhu

tunggu tau, ada byk benda lagi aku nak citer len kali.

wassalam........

Friday, January 2, 2009

tuuuut...tuuut

UJIAN ALLAH ITU SATU UBAT

Assalamualaikum kawan2 semua………

Hem, tak lama lagi kita akn kembali ke zaman persekolahan dan kuliah2 spt rutin kita selalunya..

Aku ni saja2 nak kongsi cerita n kalau anda semua brminat nak komen atau nak share crita anda juga, bole la antaq comment kat sini. Sangat2lah dialu-alukan….:)

Aku sebenarnya rasa sedih n frust sangat arini.n sedih tu bertambah bila aku tgk muka mak abah yang sangat aku sayangi. Ntahla. Benda dah berlalu. Walaupun mak abah aku tak tunjukkan kekecewaan depa tapi aku tau depa mesti ada gak perasaan tak gembira…Abah ada pesan suruh aku jz relax n be cool tapi aku tak boleh. Aku stil rasa sedih t papa pun yang aku buat, bndanya dah berlalu…aku sedih or nangis air mata darah pun tak guna.

Mujur ada peluang kedua. Aku paling tak tahan tgk usaha parents aku untuk bg yang terbaik untuk kami. Memang dari kecik mak n abah selalu pastikan kami dpt yang terbaik tp kdg2 kami anak2 yg selalu kecewakan mak ayah, tp sedar tak sedar mak ayah kita selalu korbankan perasaan mereka. Selalu mereka berprasangka baik kat kita walau apa pun kita buat.

Aku ni type yang kalau aku sedih macam mana pun, aku stil boleh tahan as long as benda tu x sebabkan parents aku turut rasa kecewa. Macam ari ni, kekecewaan aku bertambah bila ia melibatkan mak abah. Aku tau, walaupun depa tak tunjuk, tapi aku rasa mesti depa kecewa ngan aku. Aku dah tak boleh wat apa. Benda dah berlalu. Aku kena terima tapi aku tak cukup kuat.

Aku rasa, ni adalah satu ujian..

Mungkin selama ni esp cuti ni aku mcm lagho ka apa……..n Allah nak bg aku peringatan cz Dia stil tak lupa pd hmba-Nya. Tu ja yang aku mampu untuk pujuk diri aku…
Sebagai seorang kekasih yang setia, msti kita akan wat smthing kan kalau kita tgk kekasih kita tu dah mcm jauh drpd kita. Mybe kita akn bg msg or kol dy ke ntahla. Mcm tu jugak Allah pun, to make sure kita tak lupa kat Dia, Allah akan antaq ‘hadiah’ kat kita. Nasiblah kdg2 hadiah tu dalam bentuk yang best, kdg2 sebaliknya. Tapi tujuanny sama, supaya kita kembali kpd Allah.

…………hu~aku mmg try untuk fikir camtu tapi kdg2 aku stil jadi sedih…aku tak tau mcm mana nak ubat hati yang gundah gulana..

Hmmm….so macam tulah crita aku yang sedih tapi hakikatnya aku tak crita pun kan.. hahaha. Takpa, sapa nak tau, tanyalah aku sendiri..insya Allah aku cerita. Tapi sebenarnya apa yang aku sedih tu takdalah serius or sadis or tragis giler….haha.suspens je lebih tapi aku sedih la.

So kwn2, kalau nak komen dialu-alukan n kalau nak pblish citer korang gak kat sini, no problem..aku gembira jer..kecik tapak tangan n kaki, nyiru aku tadahkan..huhu
Sblm aku mengundur diri, ni ada sket madah or ‘hadiah’ buat anda yg singgah di teratak blog ini……..

sometimes

Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul
He breaks our heart to make us whole
He sends us pain so we can be stronger
He sends us failure so we can be humble
He send us illness so we can take care of ourselves
Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us……..

SOUL STORY....

RISKING

Two seeds lay side by side in the fertile spring soil.

The first seed said, “I want to grow! I want to send my roots deep into the soil beneath me, and thrust my sprouts through the earth crust above me. I want to unfurl my tender buds like banners to announce the arrival of spring. I want to feel the warmth of the sun on my face and the blessing of the morning dew on my petals!”

And so she grew.

The second seed said, “I am afraid if I send my roots into the ground below, I don’t know what will I encounter in the dark if I push my way through the hard soil. May it damage my delicate sprouts? What if I left my buds open and a snail tries to eat them? And if I were to open my blossoms, a small child may pull me from from the ground. No, it is much better for me to wait until it is safe.”

And so she waited.

A yard hen scratching around in the early spring ground for food found the waiting seed and promptly ate it.

MORAL OF THE STORY

Those of us who refuse to risk and grow get swallowed up by life.

SEDIKIT MADAH BUAT TEMAN SEPERJUANGAN

KEKUATAN SESEORANG ITU BUKANLAH DINILAI DARI BENTUK FIZIKALNYA….
TETAPI KEKUATAN ITU ADALAH SEMANGAT YANG TAK PERNAH MENGENAL KEKALAHAN….


KEYAKINAN KEPADA ALLAH ADALAH AIR KEDAMAIAN YANG TAK PERNAH KERING….
MENJADIKAN SEORANG MUSLIM TETAP TEGAR DI SAAT ORANG LAIN KETAKUTAN….
BIAR REBAH JANGAN BERUBAH…
BIAR TERBUANG TERUS BERJUANG…..
UJIAN ADALAH TARBIAH DARI ALLAH..
SEMAKIN DEKAT BAHTERA KITA KEPADA-NYA…
SEMAKIN HEBAT TAUFAN YANG MELANDA…
SEMAKIN DAHSYAT OMBAK BADAI HARUS DITEMPUH…
INGATLAH DIRIKU DAN SAHABAT2KU……..
ALLAH TIDAK AKAN MEMBERATI HAMNBA-NYA DENAGN SESUATU YANG MELEBIHI KEMAMPUAN HAMBA-NYA…



Salam kawan2 semua!!!!!!!!
Macam mana cuti? Mesti best kan..ada yang g jalan2, ada yang balik kampong, ada yang g melawat sedara dsb…
Kesimpulannya, apa pun yang kita buat, mesti rasa best kn coz kita ada kat umah, ngan family lak tu..( kalau aku, hepi coz sebulan tak payah g kelas…hahaJ)
Papepun, cuti kita da nak abes..so manfaatkanlah sisa2 masa yang ada ni.. sama2la kita ingatkan satu sama lain…
Oklah..nanti jumpa lagi..kpd kwn2 kmb, insya Allah kita jumpa kat kmb nanti..
Wassalam..

CITER BES NII....

BANDUAN ITU……………..

Suatu petang di tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, sedang memeriksa setiap kamar tahanan.

Setiap banduan penjara membongkokkan badan mereka rendah-rendah ketika `algojo penjara’ itu melintasi di hadapan mereka. Kalau tidak, sepatu but keras milik Tuan Roberto yang fanatic Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara- suara yang ia amat benci.

“Hai…..hentikan suara jelikmu! Hentikan!!!!”
Teriak Roberto sekeras- kerasnya sambil membeliakkan mata. Namun apa yang terjadi? Lelaki di kamar tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu`nya.
Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk seorang sahaja.

Dengan marah dia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu mencucuh wajah dan badan orang tua itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib…………….Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata `Rabbi.. wa ana `abduka….’ Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata,

“Bersabarlah wahai ustaz…InsyaAllah tempatmu nanti di syurga”.
Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh semua tahanan, `algojo penjara’ itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel dan ditariknya tubuh orang tua yang tidak bermaya itu sekeras- kerasnya hingga terjerembab di lantai.
“ Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu bahawa aku tidak suka bahasa hinamu itu?!Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu!ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan suara- suara yang tidak seharusnya didengar lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akanku bunuh.Kecuali………..kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami”.
Mendengar `khutbah’ itu orang tua itu mendongakkan kepalanya, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin.Dia lalu berucap,

“ Sungguh…..aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menemukan kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan kerana akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia? Jika aku turuti kemahuanmu, nescaya aku tergolong dalam kalangan manusia yang amat bodoh.”

Sejurus selepas kata- kata itu terhenti, sepatu keras Roberto sudah mendarat di wajahnya. Lelaki tua itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan berlumuran darah .ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah `buku kecil’. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. “Berikan buku itu, hai lelaki dungu”!bentak Roberto.

“Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!” ucap sang ustaz dengan tatapan menghina kepada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu laras seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemertak tulang yang patah didengar mampu menggetarkan hati. Namun tidak bagi Roberto. Lelaki bengis itu bahkan merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang melambangkan penderitaan sang lelaki tua. Bahkan `algojo penjara’ itu merasa lebih puas ketika melihat titisan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung…..

“Ah……seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini.”
Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama buku itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan “aneh” dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol. Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedanag melepaskan nafas- nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya ketika ia masih kanak- kanak.

Perlahan, sketsa masa lalu itu terpampang kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat di suatu petang di masa kanak- kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya sendiri. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisi (lapangan tempat pembantaian kaum kuslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.

Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang- tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan ditiup angin petang yang kencang, menyebabkan pakaian muslimah yang dikenakan berkibar- kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan pula beratus-ratus pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang- tiang salib, hanya kerana tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak lelaki comel dan tampan, berumur sekitar 7 tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisi yang telah senyap. Korban- korban kebiadaban itu telah syahid semuanya. Kanak-kanak comal itu melimpahkan air matanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang sudah tidak bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau “ummi,ummi…..mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji mala mini akan mengajarku lagi tentang alif, ba, ta, tsa……? Ummi, cepat pulang ke rumah…”

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab panggilannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa ynang harus dibuat. Untuk pulang ke rumah pun ia tidak tentu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil ayahnya, “Abi…..abi….abi….”. namun ia segera berhenti berteriak memanggil sang bapa apabila teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.
“Hei! Siapa kamu?!” jerit sekumpulan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. “Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu ummi…..” jawabnya memohon belas kasih. “Hah?!! Siapa namamu budak?! Cuba ulangi!”bentak salah seorang dari mereka. “saya Ahmad Izzah….” Dia kembali menjawab denagn agak kasar.

Tiba-tiba….
“ plak!” Sebuah tamparan hinggap di pipi si kecil. “Hai budak! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu.”
“ Sekarang kutukar namamu dengan yang lebih baik. Namamu sekarang `Adolf Roberto ‘ …Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang hodoh itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu, kau akanku bunuh!” ancam lelaki itu.

Budak itu menggigil ketakutan, sambil tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut kehendak gerombolan itu ketika mereka membawanya keluar dari lapangan Inkuisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.

Roberto lantas tersedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat kea rah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melakat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari di pusat lelaki itu. Ketika ia menemukan `tanda hitam’ ia berteriak hysteria “ Abi….Abi…Abi…”. Ia pun menangis keras, sama seperti Ahamd Izzah dahulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul bahawa `buku kecil’ yang ada dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca oleh ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia juga ingat betul ayahnya mempunyai `tanda hitam’ pada bahagian pusat.
Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh- puluh tahun lupa akn Islam, saat itu dengan spontan menyebut, “ Abi, aku masih ingat alif, ba, ta……….” Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam dalam benaknya.

Sang ustaz segera membuka matanya ketika marasa ada titisan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis- habisan kini sedang memeluknya. “ Tunjuki jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan pada aku jalan itu…….” Terdengar suara Roberto meminta belas.

Sang ustaz sedang mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak,jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal, ini semata- mata bukti kebesaran Allah.

Sang abi dengan susah payah masih boleh berucap. “Anakku, pergilah engkau ke mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja engkau kenal dengan syeikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,”. Setelah selesai berpesan, sang ustaz pun menghembuskan nafas terakhir berbekalkan kalimah indah “ Asyhadu anal IlahailAllah, wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah….”. Beliau pergi menemui Rabbnya dengan tesenyum, setelah sekian lama berjuang di bumi fana ini.

Kini Ahmad Izzah telah menjadi orang alim di mesir. Seluruh hidupnya dibuktikan untuk agamanya. Islam, sebagai ganti kekafiran yang pernah disandangnya di masa muda. Kini, ramai anak muda yang datang berguru dengannya……………

PANDANGLAH DENGAN PENUH HIKMAH.....

Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menjadikan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Dan yang menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan DIA sengaja mentakdirkan segalanya
Untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan DIA tidak tahu
Deritanya hidupmu
Retaknya hatimu
Tapi mungkin itulah yang DIA mahu
Kerana hati yang sebeginilah yang selalunya
Lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat dengannya……………