INI ADA SATU BENDA NAK BGTAW……..
HARI AL QUDS SEDUNIA
21 Ogos setiap tahun merupakan Hari Al- Quds sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedy , Masjid Al-aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Micheal Rohan yg kononnya dikatakan gila. Tragedy tersebut merupakan catatan sejarah yg paling menyedihkan dlm sejarah umat Islam terhadap Masjid Al-Aqsa yg disucikan.
Begitulah nasib tanah suci umat islam yg ketiga setelah dihuni oleh Israel sang perampas.
Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘ akidah yg selayaknya dipertanggungjawabkan bg sekalian umat Islamkerana kedudukan Masjid Al-aqsa sebagai tanah Suci ketiga dlm Islam, kiblat pertama umat Islam, tanah anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yg dirakamkan dlm hadis Rasulullah…
Hari ini Palestin berada dlm tgn musuh Islam. Zionis Israel yg telah merampasnya dari tgn umat Islam. Akhirnya umat Palestin yg dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambing hitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yg melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.
Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka hari memperingati al-Quds atau Remambrance of Al-quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yg akan menjadi symbol solidarity umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.(huhu…bombastiknyer ayat aku..)
Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menguar-uarkan tntang isu Palestin dan kedudukan Palestin dlm hati umat Islam. Kita berharap segala prog yg dijalankan dpt menggerakkan masyarakat yg sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri dgn segala pertahanan dan kecemerlangan sbg umat yg terbaik. Semoga Allah memberi kekuatan kpd mereka yg berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam , tanah airnya, kesucian dan maruah umat. Amin.
ADA APA DGN 21 OGOS? MENGAPA HARI ITU DIINGATI?
Macam ni….citernya….
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Micheal telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yg besar (mimbar Solahuddin). Api marak dgn dahsyat sekali seolah-olah Masjidil Aqsa akan musnah ktika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjidik Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dpt dipadamkan…..
Perbuatan si pengganas ini sebenarnya mendapat dorongan dan sokongan drpd kump Zionis dan kebenaran dari pihak berkuasa penjajah Israel. Sehari suntuk umat Islam di Palestin berusaha menghalang kemusnahan masjid ketiga terpenting dlm islam itu. Mereka berjaya, tetapi ia tetap menyebabkan kemusnahan dan kehilangan pelbagai artifak dan bahan sejarah islam. Antanya mimbar Salahuddin yg dibina pd zmn Nuruddin Zanki dan juga tpt solat Zakaria…selain itu, 3 koridor yg menghala ke masjidil aqsa dari selatan ke utara, dinding selatan , karpet dan 48 tingkap masjid turut sama musnah dalam kebakaran tersebut.
Dennis Micheal kemudiannya ‘ditahan’ sebagai satu daripada babak lakonan tajaan Israel demi menunjukkan kononny Israel mementingkan keadilan. Ketika dlm tahanan, dennis mengaku apa yg dilakukannya adalah demi memenuhi kewajipan agamanya. Penjenyah ini merujuk kpd Zakariya’s Book (buku Zakaria) untuk mengukuhkan dakwaannya. Malah, si kuffar ini juga mengaku bhw dia telah dineri tanggungjawab utk menjadi pesuruh Tuhan. Wah! Hebat juga dia ini…
Mengejutkan, walaupun Dennis mengakui kesalahannya, dia akhirnya dibebaskan atas alas an mengalami ‘gangguan jiwa’. Situasi ini amat mengejutkan. Mana mungkin seorang doctor perubatan yg taat kpd perintah agamanya merupakan seorang yg gila? Atau mungkin agama yg dianutinya itu yg membuatkan dia menjadi benar-benar gila tanpa perlu berpura- pura?
Entahlahhh…
Negeri2 muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tpt suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap al aqsa. Maka sejak itu 21 ogos setiap tahun menjadi hari Al Quds sedunia….
Episode duka Palestine ini, ditambah pula dengan penindasan n kezaliman yg tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita. Malah, setiap 21 Ogos hadir stiap tahun mengingatkan kita bhw sekiranya kita tak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa , kelak, kita bukan sahaja tak dpt mempertahankannya drpd sekadar trbakar malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.
Justeru, bersempena dgn sambutan memperingati Hari Al-Quds ini, adalah wajar bg kita utk sama2 mengajak masyarakat sekeliling mengingatinya apalgi merancang rencana yg strategic, efektif dan praktikal yg boleh dilakukan utk mengoptimakan kemahira n sumber yg ada demi menyumbang kea rah pembebasan palestin. Semoga usaha kerdil kita dpt mewujudkan keadilan n keamanan di bumi Palestin…… :)
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ziarah wani..
ReplyDeletealhamdulillah..i luv this post the most! sbb cite pasal baitul maqdis kan. truskan menulis tuk berdakwah ye. moga segala amal kita diganjari olehNya. =)