Tuesday, January 27, 2009

ni citer lawak giler...

Assalamualaikum semua…hihi..aku ada skit citer bes ntuk dikongsi….saja r nak share ….n harap terhibur la…

3 SAHABAT MALANG
Ada 3 orang sahabat bernama Ali, Ah Meng dan Raju. Mereka tinggal di sebuah flat setinggi 60 tingkat. Pada suatu hari, lif di flat mereka rosak dan mereka terpaksa menggunakan tangga untuk ke rumah mereka yg terletak di tingkat 60.
Ali mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yg seduh sepanjang mendaki anak tangga utk menghilangkan rasa penat. Ali memulakannya dahulu. Katanya, “ketika aku masih dalam kandungan lagi,bapaku telah pergi meninggalkanku selama-lamanya.”
Sedar-sedar mereka sudah berada di tingkat 30.
Ah Meng pula menyambung. Ceritanya “mak aku meninggal dunia ketika melahirkan aku dan aku rasa sangat bersalah hingga sekarang.”
Mereka sekarang berada di tingkat 50.
Raju pula meneruskan ceritanya. “tu tak berapa sedih. Yang paling sedih cerita aku ni…sebenarnya….kunci rumah….aku tertinggal kat dalam kereta….”
Ketika itu mereka sudah berada di tingkat 60.
Tanpa berfikir panjang, Ali dan Ah Meng pun mencampak Raju ke luar flat!

SUAMIKU COMPUTER PROGRAMMER
Ini adalah contoh perbualan seorang isteri dgn suaminya yg merupakan seorg computer programmer….
Suami : (setelah pulang lewat dari pejabat). Slmt malam sayang, sekarang saya logged in…
Isteri : abang ada beli tak brg yg saya pesan td?
Suami : bad command or filename.
Isteri :tapi kan saya dah telefon suruh abg beli tadi!
Suami : errorneous syntax. Abort?
Isteri :ish, abang ni.. takkan tu pun tak ingat…emm tadi dlm telefon cakap nak belikan sy baju..mana?
Suami ; variable not found…..
Isteri :abang ni memang tak boleh haraplah. Bg saya kad kredit abg, biar sy yg pergi beli sendiri…
Suami :sharing violation.access denied…
Isteri : abang ni tak syg saya ke? Abg lebih saying computer abg tu drpd saya. Saya tak tahanlah lalau mcm ni selalu….
Suami : too many parameters…..
Isteri : saya menyesal pilih abg sebagai suami sy. Harapkan muka saja handsome….
Suami : data type mismatch……
Isteri : abang ni betul2 tak bergunalah !
Suami : it’s by default.
Isteri : macam mana dgn gaji abg?
Suami : file in use. Try later.
Isteri : kalau begitu, apa peranan sy di sisi abg sbg seorang isteri?
Suami : unknown virus..

GABUNG AYAT
Pada suatu hari, Ali disuruh oleh cikgunya untuk membuat ayat majmuk. Ikuti perbualan mereka.
Cikgu : Ali, sila buat ayat majmuk dgn menggunakan ayat ini: Ahmad pergi kesekolah. Ahmad melihat mayat.
Ali : Ahmad ternampak mayat pergi ke sekolah.
Cikgu : Errkkk(menelan air liur)

WAJAHMU DI MANA2
Isteri : bangganya Mimah. Dah 8 tahun kita kahwin, abg masih simpan gambar mimah dalam wallet abg..
Suami : setiap kali abg ada masalah, abg akan buka wallet dan tgk gambar Mimah dan automatic masalah tu akn hilang mcm tu saja..
Isteri : wah…jadi abg dah nampakkan betapa hebat dan dominannya Mimah dalam hidup abg?
Suami : ya, betul.setiap kali ada masalah, dan lepas tgk gambar Mimah, abg akan ckp dalam hati, mana ada masalah lain yg lebih dahsyat berbanding masalah yg satu ini !

MALAYSIA KALAHKAN BRAZIL
Wartawan : apa khabar coach?
Jurulatih ; oh, baik2 saja………..
Wartawan : benarkah pasukan bola sepak Malaysia berjaya mengalahkan Brazil? Biar betul citer ni…
Jurulatih : apa pulak tak betul nya? Benar! Malah kita kalahkan Brazil dgn teruk sekali…
Wartawan : wowww!!!! Berapa jaringan gol?
Jurulatih ; ohh… tidak ada jaringan gol kerana kita menang tanpa bertanding..
Wartawan : macam mana tu coach ?
Jurulatih : mereka tak dtg walaupu kita tunggu di stadium selama satu jam…
Wartawan : knp mereka tak dtg? Adakah krn factor keselamatan? atau mereka takut dgn kita ?
Jurulatih : oh tidak…………bukan kerana itu..
Wartawan ; habis tu knp coach?
Jurulatih : kerana kami tak jemput mereka datang!!
Wartawan : adus…hampeh punya coach..haha

1 comment:

  1. hang melawak tak buleh blah r!!!
    hahaha, nak pecah perot berguling2 aku

    ReplyDelete